Secara rasminya aku telah pun behenti belajar dari UNISEL, oleh di sebabkan tidak mampu untuk menangung pembiayaan pengajian (tak dapat PTPTN) dengan alasan tak cukup 3 kredit, aku cuma 2 kredit dan mempunyai sijil dari kolej komuniti ( tapi MQA lulus aku punya kemasukkan ke UNISEL)..
Jadi seperti aku cerita sebelum ini, buang masa saje aku belajar kat KOLEJ KOMUNITI, alih2 tengok juga SPM...
Alhamdulillah juga, aku behenti bukan dengan tangan yang kosong, sepeti yang aku tulis pada posting sebelum ini yg aku pernah di tawarkan bekerja di USM sebagai AHLI FOTOGRAFI, pihak USM telah menerima semula rayuan aku untuk masuk bkerja di sana.
InsyaAllah aku akan diri di USM pada 26 Sept 2011, sengaja aku minta untuk awal seminggu, atleast tak lah bosan sangat duduk di rumah.
Sebenarnya sedih juga bila behenti dari UNISEL, aku dah mula rapat dengan budak2 kelas aku, diorang semua sangat baik dengan aku. Rasa seperti keluarga dengan diorang dan juga beberapa pensyarah yang sememangnya sporting & friendly.
Aku bakal ditempat kan di Jabatan Arkeologi, sound like weird & boring, tapi bila aku buat research dan aku rasa benda baru yang patut aku belajar, aku tak rasa aku cuma perlu ambik gambar artifak saje, atleast aku rasa aku boleh buat projek lain, yelah sebab apa yang aku diberitahu oleh diorang yg aku akan travel ke tempat orang, so maybe aku boleh shoot orang yang pelik2, style lah boleh main lighting ini machaam !!
Ohhh ya, minggu ni aku shooot for convocation, saje buat side income dari tak buat apa kat umah, sangat memenatkan tapi aku sangat enjoy shoot sebab pengalaman baru shoot event camni, dalam2 shoot sebak pun ade juga coz aku terbayang kalu aku tengah dapat segulung ijazah, mesti mak bapak aku bangga kan, tapi apa kan daya, aku tak mampu buat diorang gembira seperti itu, impian aku tak tercapat :-(
InsyaAllah jika di izinkan aku ada planning yang lain !