Thursday, September 22, 2011

I QUIT

Secara rasminya aku telah pun behenti belajar dari UNISEL, oleh di sebabkan tidak mampu untuk menangung pembiayaan pengajian (tak dapat PTPTN) dengan alasan tak cukup 3 kredit, aku cuma 2 kredit dan mempunyai sijil dari kolej komuniti ( tapi MQA lulus aku punya kemasukkan ke UNISEL)..

Jadi seperti aku cerita sebelum ini, buang masa saje aku belajar kat KOLEJ KOMUNITI, alih2 tengok juga SPM...

Alhamdulillah juga, aku behenti bukan dengan tangan yang kosong, sepeti yang aku tulis pada posting sebelum ini yg aku pernah di tawarkan bekerja di USM sebagai AHLI FOTOGRAFI,  pihak USM telah menerima semula rayuan aku untuk masuk bkerja di sana.

InsyaAllah aku akan diri di USM pada 26 Sept 2011, sengaja aku minta untuk awal seminggu, atleast tak lah bosan sangat duduk di rumah.

Sebenarnya sedih juga bila behenti dari UNISEL, aku dah mula rapat dengan budak2 kelas aku, diorang semua sangat baik dengan aku. Rasa seperti keluarga dengan diorang dan juga beberapa pensyarah yang sememangnya sporting & friendly.

Aku bakal ditempat kan di Jabatan Arkeologi, sound like weird & boring, tapi bila aku buat research dan aku rasa benda baru yang patut aku belajar, aku tak rasa aku cuma perlu ambik gambar artifak saje, atleast aku rasa aku boleh buat projek lain, yelah sebab apa yang aku diberitahu oleh diorang yg aku akan travel ke tempat orang, so maybe aku boleh shoot orang yang pelik2, style lah boleh main lighting ini machaam !!

Ohhh ya, minggu ni aku shooot for convocation, saje buat side income dari tak buat apa kat umah, sangat memenatkan tapi aku sangat enjoy shoot sebab pengalaman baru shoot event camni, dalam2 shoot sebak pun ade juga coz aku terbayang kalu aku tengah dapat segulung ijazah, mesti mak bapak aku bangga kan, tapi apa kan daya, aku tak mampu buat diorang gembira seperti itu, impian aku tak tercapat :-(

InsyaAllah jika di izinkan aku ada planning yang lain !

Tuesday, August 9, 2011

Bermula sesi semester ke 2

Sekali lagi waktu aku untuk berblogging sudah kembali, agak lama juga aku tak update blog, setelah cuti sebulan tempoh hari, dan kini aku telah pun berada di semester ke 2. Di semester ke 2 ini aku dah mula belajar tentang subjek grafik iaitu Basic Communication, Visual Communication, History of Asian Art, Drawing & Proficient English.

Ada berita yang agak mendukacitakan, iaitu permohonan PTPTN aku ditolak atas alasan tidak cukup 3 kredit, hurmm ? Bukankah kerajaan sepatutnya membantu pelajar untuk belajar sedangkan pula PTPTN mengenakan feadah bagi setiap peminjam. Jadi disini kenapa perlu sekat pelajar untuk meminjam wang untuk pembiayaan pelajaran dan sedangkan feadah yang dikenakan kepada peminjam boleh menjana pendapat kerajaan (feadah ? hmmm riba, riba itu haram kan :) )



Berapa kredit aku ??

Aku hanya ada 2 Kredit iaitu Sains & Bahasa Melayu, dan dahulu aku juga belajar di peringkat SIJIL di KOLEJ KOMUNITI jurusan Multimedia Kreatif, tetapi permohonan tetap ditolak :(

Aku belajar di peringkat SIJIL, tetapi diorang masih tengok SPM, jadi buang masa kan belajar di KOLEJ KOMUNITI selama 2 tahun, so NEVER AGAIN belajar di sana, sijil tak LAKU !! SPM jugak :(

Bila aku tak dapat PTPTN, maka aku terpaksa behenti untuk teruskan niat untuk belajar dan cita cita untuk aku jadi pensyarah hanya tinggal mimpi !! Keluarga aku tidak mampu untuk menangung aku kerana tidak bekerja (uzur) dan sudah lama bersara :(

Aku telah menulis surat kepada USM, untuk memohon semula jawatan sebagai AHLI FOTOGRAFI yang mana dahulu aku pernah menolak atas alasan untuk meneruskan belajar akan tetapi permohonan PTPTN pula ditolak maka aku terpaksa bekerja :(

Harapan aku dapat semula jawatan di USM, tetapi sedih aku teringin sangat nak belajar !

Tuesday, June 7, 2011

Minggu Peperiksaan bagi Semester 1

Kini tiba waktu untuk Peperiksaan, setelah hampir 2 bulan belajar di Unisel, untuk Semester Pendek (short sem) ini aku cuma belajar 2 subjek aje. Agak mendukacita dengan sistem pengurusan di Unisel dari segi pemberitahuan kelas/dewan yang perlu dimasuki untuk mengambil peperiksaan, kelihatan sebentar tadi agak juga pelajar - pelajar yang tercari dan terpinga mencari kelas. Sudahlah lecture pun datang lambat, sepatutnya datang lah awal setengah jam awal untuk setup kelas/dewan.

Aku hairan bagaimana pihak pengurusan Unisel buat keja, makan gaji buta agaknya... Opss!! jangan marah ini memang betul, jika anda terasa ! Sila ubah sikap dan tingkatkan mutu kerja, kerja mesti Ikhlas baru berkat di dunia serta di akhirat !

Thursday, May 19, 2011

Disiplin

Sebenarnya tujuan saya tulis blog ini adalah bertujuan untuk memberi guide/petunjuk kepada pelajar lepasan sekolah (SPM/STPM) ke mana arah tujuan mereka yang harus mereka tuju, sebabnya saya lihat mereka seumpama tiada arah dan tidak tahu kemana harus mereka pergi. InsyaAllah akan saya cuba untuk memberi sedikit maklumat nanti.

Bercakap pasal DISIPLIN seperti tajuk diatas, minggu yang membuatkan saya sangat marah kepada LECTURER, bukanlah bermaksud tak respek !! tetapi apa yang saya nampak kadang2 lecturer suka cancel kelas last minute, bukan sekali tetapi sudah hampir 3 kali dan alasan yang kurang munasabah.

Tak terfikir kah lecturer, bahawa ada student yang datang jauh bermotosikal, kadang2 jika difikirkan suasana jalan raya mungkin boleh mengundangkan maut, malang kan tidak berbau. Serius lecturer ni mmg takde disiplin, langsung tidak ada nilai yang baik untuk dicontohi, dan yang paling buat saya marah adalah, sudahlah kelas cancel last minute, pula digantikan pada hari lain tanpa bertanya pada student dahulu lalu buat keputusan untuk buat pada hari tertentu.

Saya bukan dari keluarga yang senang, duit ini pun hasil dari job fotografi, selalu hari minggu saya terpaksa balik kerana ada job, kalu ade job, maka ada la duit. kalu tak ada? memang tak makan lah jawabnya. PTPTN pula lambat lagi.

Saya berharap sangat, mereka ubahlah sikap !! Kalu pelajar tak masuk kelas, dimarah pula, so kalu lecturer tak masuk kelas ? takkan pelajar happy kan, mesti lah sama juga kan :)