Tuesday, August 9, 2011

Bermula sesi semester ke 2

Sekali lagi waktu aku untuk berblogging sudah kembali, agak lama juga aku tak update blog, setelah cuti sebulan tempoh hari, dan kini aku telah pun berada di semester ke 2. Di semester ke 2 ini aku dah mula belajar tentang subjek grafik iaitu Basic Communication, Visual Communication, History of Asian Art, Drawing & Proficient English.

Ada berita yang agak mendukacitakan, iaitu permohonan PTPTN aku ditolak atas alasan tidak cukup 3 kredit, hurmm ? Bukankah kerajaan sepatutnya membantu pelajar untuk belajar sedangkan pula PTPTN mengenakan feadah bagi setiap peminjam. Jadi disini kenapa perlu sekat pelajar untuk meminjam wang untuk pembiayaan pelajaran dan sedangkan feadah yang dikenakan kepada peminjam boleh menjana pendapat kerajaan (feadah ? hmmm riba, riba itu haram kan :) )



Berapa kredit aku ??

Aku hanya ada 2 Kredit iaitu Sains & Bahasa Melayu, dan dahulu aku juga belajar di peringkat SIJIL di KOLEJ KOMUNITI jurusan Multimedia Kreatif, tetapi permohonan tetap ditolak :(

Aku belajar di peringkat SIJIL, tetapi diorang masih tengok SPM, jadi buang masa kan belajar di KOLEJ KOMUNITI selama 2 tahun, so NEVER AGAIN belajar di sana, sijil tak LAKU !! SPM jugak :(

Bila aku tak dapat PTPTN, maka aku terpaksa behenti untuk teruskan niat untuk belajar dan cita cita untuk aku jadi pensyarah hanya tinggal mimpi !! Keluarga aku tidak mampu untuk menangung aku kerana tidak bekerja (uzur) dan sudah lama bersara :(

Aku telah menulis surat kepada USM, untuk memohon semula jawatan sebagai AHLI FOTOGRAFI yang mana dahulu aku pernah menolak atas alasan untuk meneruskan belajar akan tetapi permohonan PTPTN pula ditolak maka aku terpaksa bekerja :(

Harapan aku dapat semula jawatan di USM, tetapi sedih aku teringin sangat nak belajar !