Secara rasminya aku telah pun behenti belajar dari UNISEL, oleh di sebabkan tidak mampu untuk menangung pembiayaan pengajian (tak dapat PTPTN) dengan alasan tak cukup 3 kredit, aku cuma 2 kredit dan mempunyai sijil dari kolej komuniti ( tapi MQA lulus aku punya kemasukkan ke UNISEL)..
Jadi seperti aku cerita sebelum ini, buang masa saje aku belajar kat KOLEJ KOMUNITI, alih2 tengok juga SPM...
Alhamdulillah juga, aku behenti bukan dengan tangan yang kosong, sepeti yang aku tulis pada posting sebelum ini yg aku pernah di tawarkan bekerja di USM sebagai AHLI FOTOGRAFI, pihak USM telah menerima semula rayuan aku untuk masuk bkerja di sana.
InsyaAllah aku akan diri di USM pada 26 Sept 2011, sengaja aku minta untuk awal seminggu, atleast tak lah bosan sangat duduk di rumah.
Sebenarnya sedih juga bila behenti dari UNISEL, aku dah mula rapat dengan budak2 kelas aku, diorang semua sangat baik dengan aku. Rasa seperti keluarga dengan diorang dan juga beberapa pensyarah yang sememangnya sporting & friendly.
Aku bakal ditempat kan di Jabatan Arkeologi, sound like weird & boring, tapi bila aku buat research dan aku rasa benda baru yang patut aku belajar, aku tak rasa aku cuma perlu ambik gambar artifak saje, atleast aku rasa aku boleh buat projek lain, yelah sebab apa yang aku diberitahu oleh diorang yg aku akan travel ke tempat orang, so maybe aku boleh shoot orang yang pelik2, style lah boleh main lighting ini machaam !!
Ohhh ya, minggu ni aku shooot for convocation, saje buat side income dari tak buat apa kat umah, sangat memenatkan tapi aku sangat enjoy shoot sebab pengalaman baru shoot event camni, dalam2 shoot sebak pun ade juga coz aku terbayang kalu aku tengah dapat segulung ijazah, mesti mak bapak aku bangga kan, tapi apa kan daya, aku tak mampu buat diorang gembira seperti itu, impian aku tak tercapat :-(
InsyaAllah jika di izinkan aku ada planning yang lain !
Thursday, September 22, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Bermula sesi semester ke 2
Sekali lagi waktu aku untuk berblogging sudah kembali, agak lama juga aku tak update blog, setelah cuti sebulan tempoh hari, dan kini aku telah pun berada di semester ke 2. Di semester ke 2 ini aku dah mula belajar tentang subjek grafik iaitu Basic Communication, Visual Communication, History of Asian Art, Drawing & Proficient English.
Ada berita yang agak mendukacitakan, iaitu permohonan PTPTN aku ditolak atas alasan tidak cukup 3 kredit, hurmm ? Bukankah kerajaan sepatutnya membantu pelajar untuk belajar sedangkan pula PTPTN mengenakan feadah bagi setiap peminjam. Jadi disini kenapa perlu sekat pelajar untuk meminjam wang untuk pembiayaan pelajaran dan sedangkan feadah yang dikenakan kepada peminjam boleh menjana pendapat kerajaan (feadah ? hmmm riba, riba itu haram kan :) )
Berapa kredit aku ??
Aku hanya ada 2 Kredit iaitu Sains & Bahasa Melayu, dan dahulu aku juga belajar di peringkat SIJIL di KOLEJ KOMUNITI jurusan Multimedia Kreatif, tetapi permohonan tetap ditolak :(
Aku belajar di peringkat SIJIL, tetapi diorang masih tengok SPM, jadi buang masa kan belajar di KOLEJ KOMUNITI selama 2 tahun, so NEVER AGAIN belajar di sana, sijil tak LAKU !! SPM jugak :(
Bila aku tak dapat PTPTN, maka aku terpaksa behenti untuk teruskan niat untuk belajar dan cita cita untuk aku jadi pensyarah hanya tinggal mimpi !! Keluarga aku tidak mampu untuk menangung aku kerana tidak bekerja (uzur) dan sudah lama bersara :(
Aku telah menulis surat kepada USM, untuk memohon semula jawatan sebagai AHLI FOTOGRAFI yang mana dahulu aku pernah menolak atas alasan untuk meneruskan belajar akan tetapi permohonan PTPTN pula ditolak maka aku terpaksa bekerja :(
Harapan aku dapat semula jawatan di USM, tetapi sedih aku teringin sangat nak belajar !
Tuesday, June 7, 2011
Minggu Peperiksaan bagi Semester 1
Kini tiba waktu untuk Peperiksaan, setelah hampir 2 bulan belajar di Unisel, untuk Semester Pendek (short sem) ini aku cuma belajar 2 subjek aje. Agak mendukacita dengan sistem pengurusan di Unisel dari segi pemberitahuan kelas/dewan yang perlu dimasuki untuk mengambil peperiksaan, kelihatan sebentar tadi agak juga pelajar - pelajar yang tercari dan terpinga mencari kelas. Sudahlah lecture pun datang lambat, sepatutnya datang lah awal setengah jam awal untuk setup kelas/dewan.
Aku hairan bagaimana pihak pengurusan Unisel buat keja, makan gaji buta agaknya... Opss!! jangan marah ini memang betul, jika anda terasa ! Sila ubah sikap dan tingkatkan mutu kerja, kerja mesti Ikhlas baru berkat di dunia serta di akhirat !
Thursday, May 19, 2011
Disiplin
Sebenarnya tujuan saya tulis blog ini adalah bertujuan untuk memberi guide/petunjuk kepada pelajar lepasan sekolah (SPM/STPM) ke mana arah tujuan mereka yang harus mereka tuju, sebabnya saya lihat mereka seumpama tiada arah dan tidak tahu kemana harus mereka pergi. InsyaAllah akan saya cuba untuk memberi sedikit maklumat nanti.
Bercakap pasal DISIPLIN seperti tajuk diatas, minggu yang membuatkan saya sangat marah kepada LECTURER, bukanlah bermaksud tak respek !! tetapi apa yang saya nampak kadang2 lecturer suka cancel kelas last minute, bukan sekali tetapi sudah hampir 3 kali dan alasan yang kurang munasabah.
Tak terfikir kah lecturer, bahawa ada student yang datang jauh bermotosikal, kadang2 jika difikirkan suasana jalan raya mungkin boleh mengundangkan maut, malang kan tidak berbau. Serius lecturer ni mmg takde disiplin, langsung tidak ada nilai yang baik untuk dicontohi, dan yang paling buat saya marah adalah, sudahlah kelas cancel last minute, pula digantikan pada hari lain tanpa bertanya pada student dahulu lalu buat keputusan untuk buat pada hari tertentu.
Saya bukan dari keluarga yang senang, duit ini pun hasil dari job fotografi, selalu hari minggu saya terpaksa balik kerana ada job, kalu ade job, maka ada la duit. kalu tak ada? memang tak makan lah jawabnya. PTPTN pula lambat lagi.
Saya berharap sangat, mereka ubahlah sikap !! Kalu pelajar tak masuk kelas, dimarah pula, so kalu lecturer tak masuk kelas ? takkan pelajar happy kan, mesti lah sama juga kan :)

Monday, May 9, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Sigma 20mm F1.8 For Sale
For this post, i want to sell my lense, Sigma 20mm f1.8
Why ? i want to sell this lense, bukan lah lense ini tak mampu untuk hasilkan gambar yang menarik dan cantik but i need a versatile lense and i will buy the Canon 24 - 70mm f2.8
Lense ni banyak berjasa sebenar, dan kualiti gambar sememangnya cantik !! tapi aku terpaksa juga jual memandangkan ade wedding photo yang agak besar dalam bulan ni, jadi nak tukar2 lense ni ambik masa plak, kang terlepas plak moments..
Esok malam, aku akan berjumpa dengan buyer yang nak beli lense ini, so harap2 mamat ni jadi ambik lah lense ini !!
Saturday, April 30, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Minggu ke 3
Kini dah hampir 3 minggu aku belajar di Unisel, setiap hari bas yang akan aku naiki adalah bas seranas, bas ini mmg penuh budak Unisel, tambang bas dari MAIS ke UNISEL cuma RM 0.50 je…
Untuk semester pertama ini, kelas aku cuma belajar pengajian am sahaja.. So, dalam seminggu kelas cuma 3 kali sahaja, dan pengajian am itu adalah Remedial English & Pendidikan Islam..
Kawan kawan terdekat ada yang bertanyakan kenapa aku tak apply USM or UiTM, bukan aku tak apply tapi masalahnya system pendidikan di Malaysia amat mendukacitakan, diorang tgk akademik dahulu daripada bakat yang ade, padahal aku bukannya belajar akaun atau benda2 kaitan dengan akademik, aku belajar pasal seni, cuba bayangkan Mark Zuckerberg nk belajar kat Harvard tetapi tak diterima pasal akademik teruk mungkin juga takde Facebook, tapi oleh kerana bakat dia dalah programming dia Berjaya cipta Facebook pertama yang bermula di Harvard Universiti dan seterusnya berkembang.
Itulah hakikatnya, system pendidikan di Malaysia perlu diubah.. Sedangkan juga system undang undang juga perlu di ubah, kerana semuanya di tulis oleh manusia juga !
Aku tetap bersyukur aku dapat peluang untuk meneruskan pengajian di Unisel, aku hampir tak dapat peluang sambung di Unisel tapi syukur aku sempat bawak hasil kerja sewaktu sesi interview aku di Unisel dan mereka teruja dan seminggu dari itu aku dapat khabar berita bahawa aku diterima masuk untuk sambung belajar.
Friday, April 15, 2011
Dilemma
Adakalanya rezeki itu datang dalam sekelip mata dan perlu membuat keputusan yang pantas serta tepat..
tetapi adakah setiap keputusan itu dibuat dengan tepat ?
aku dikejutkan dengan berita yang gembira tetapi membuntukan aku, satu berita yang agak lama aku tunggu, tapi apakah daya selepas aku kahwin, baru aku menerima khabar berita ini, mungkin juga ini adalah rezeki kahwin aku... :)
aku dikejut dengan dua berita iaitu peluang utk bekerja di USM dengan jawatan tetap sebagai ahli fotografi B17, manakala aku juga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UNISEL, dalam bidang Seni Reka Grafik Digital.
Sebenarnya, di bangku sekolah lagi sewaktu di sekolah menengah, aku telah tanam beberapa cita2, ingin menjadi pensyarah di dalam bidang seni grafik digital... dan aku juga menanam cita cita utk menjadi seorang fotografer yang berkarier..
Namun, aku telah menghadiri sesi interview (ahli fotografi) minggu lepas, sepatutnya seramai 7 org yang terpilih untuk menjalani sesi interview berkenaan, tetapi yang datang cuma kami hanya 2 orang, potensi utk aku dapat tawaran ini agak tinggi dari segi percakapan orang yang menemuramah aku..
hmmm akan tetapi agak sedikit kurangnya menyenangkan aku adalah ahli fotografi itu akan ditempatkan di bahagian arkeologi, hmmmmm
Sewaktu sesi temuramah itu, aku diberi kertas ujian teori mengenai kamera, agak senang juga sebenarnya..
Selepas itu pula, sesi pratikal yang perlu mengambil gambar di sekitar USM, gambar yang menunjukan kelestarian USM... agak buntu juga aku hendak mencari gambar sebegini, namun aku mempunyai kawan kawan yang bekerja serta belajar di USM..
Inilah gambar yang aku ambil..
hrmmm, selepas seminggu dari itu, aku juga dapat satu sms, iainya berbunyi " sila hadirkan sesi ujian MUnSYi pada ........ "..... maksudnya aku juga menerima tawaran untuk belajar di USM, tapi peluang agak tipis, kerana iainya adalah Degree, tapi dengan berbekalkan hasil aku bekerja di advertising agency, aku mungkin juga ada peluang, mungkin juga tidak :( ..
Mungkin hanya solat istikharah adalah jalan yang terbaik :)

Sunday, April 3, 2011
Hidup Penuh Cabaran
Bila kita semua jadi kanak-kanak sewaktu dahulu, aku percaya semua orang mempunyai perasaan ini, kita semua mempunyai pelbagai cita-cita apabila jadi dewasa kelak, selalu kita ingin menjadi dewasa, lihat sahaja ibu bapa, abang, kakak, kawan2 lain semua nampak gembira sahaja pabila mereka semua orang dewasa, kerana kita fikirkan bila rasa menjadi orang dewasa mampu melakukan perkara yang di ingini, tetapi pabila kita sudah melangkah ke alam dewasa sebaliknya pula..
Terasa ingin kembali ingin ke alam kanak-kanak.......
Kenapa ? Hidup Itu Penuh Cabaran
Begitu juga ingin kembali ke Sekolah.....
Kenapa ? Mahu belajar rajin rajin semula !
Tetapi :(
Semua itu sudah berlalu, hidup perlu diteruskan.... Hidup Penuh Cabaran !
Imagesource : http://www.bebeonline.com.au/blog/wp-content/uploads/2009/07/sleeping_babys4sil.jpg
Percubaan Pertama
Ini adalah percubaan pertama, sekadar ingin mencuba & melihat bagaimana hasilnya bila di post nanti..
Dan..... ini adalah blog peribadi aku, mencerita perjalanan hidup & pelbagai di bermain di fikiran aku ini, walaupun sememangnya aku mempunyai blog, tetapi itu utk kerja..
Biarlah aku melepaskan segala nya disini !
Subscribe to:
Posts (Atom)