Tuesday, April 26, 2011

Minggu ke 3


Kini dah hampir 3 minggu aku belajar di Unisel, setiap hari bas yang akan aku naiki adalah bas seranas, bas ini mmg penuh budak Unisel, tambang bas dari MAIS ke UNISEL cuma RM 0.50 je…



Untuk semester pertama ini, kelas aku cuma belajar pengajian am sahaja.. So, dalam seminggu kelas cuma 3 kali sahaja, dan pengajian am itu adalah Remedial English & Pendidikan Islam..

Kawan kawan terdekat ada yang bertanyakan kenapa aku tak apply USM or UiTM, bukan aku tak apply tapi masalahnya system pendidikan di Malaysia amat mendukacitakan, diorang tgk akademik dahulu daripada bakat yang ade, padahal aku bukannya belajar akaun atau benda2 kaitan dengan akademik, aku belajar pasal seni, cuba bayangkan Mark Zuckerberg nk belajar kat Harvard tetapi tak diterima pasal akademik teruk mungkin juga takde Facebook, tapi oleh kerana bakat dia dalah programming dia Berjaya cipta Facebook pertama yang bermula di Harvard Universiti dan seterusnya berkembang.

Itulah hakikatnya, system pendidikan di Malaysia perlu diubah.. Sedangkan juga system undang undang juga perlu di ubah, kerana semuanya di tulis oleh manusia juga !

Aku tetap bersyukur aku dapat peluang untuk meneruskan pengajian di Unisel, aku hampir tak dapat peluang sambung di Unisel tapi syukur aku sempat bawak hasil kerja sewaktu sesi interview aku di Unisel dan mereka teruja dan seminggu dari itu aku dapat khabar berita bahawa aku diterima masuk untuk sambung belajar.

No comments:

Post a Comment