Adakalanya rezeki itu datang dalam sekelip mata dan perlu membuat keputusan yang pantas serta tepat..
tetapi adakah setiap keputusan itu dibuat dengan tepat ?
aku dikejutkan dengan berita yang gembira tetapi membuntukan aku, satu berita yang agak lama aku tunggu, tapi apakah daya selepas aku kahwin, baru aku menerima khabar berita ini, mungkin juga ini adalah rezeki kahwin aku... :)
aku dikejut dengan dua berita iaitu peluang utk bekerja di USM dengan jawatan tetap sebagai ahli fotografi B17, manakala aku juga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UNISEL, dalam bidang Seni Reka Grafik Digital.
Sebenarnya, di bangku sekolah lagi sewaktu di sekolah menengah, aku telah tanam beberapa cita2, ingin menjadi pensyarah di dalam bidang seni grafik digital... dan aku juga menanam cita cita utk menjadi seorang fotografer yang berkarier..
Namun, aku telah menghadiri sesi interview (ahli fotografi) minggu lepas, sepatutnya seramai 7 org yang terpilih untuk menjalani sesi interview berkenaan, tetapi yang datang cuma kami hanya 2 orang, potensi utk aku dapat tawaran ini agak tinggi dari segi percakapan orang yang menemuramah aku..
hmmm akan tetapi agak sedikit kurangnya menyenangkan aku adalah ahli fotografi itu akan ditempatkan di bahagian arkeologi, hmmmmm
Sewaktu sesi temuramah itu, aku diberi kertas ujian teori mengenai kamera, agak senang juga sebenarnya..
Selepas itu pula, sesi pratikal yang perlu mengambil gambar di sekitar USM, gambar yang menunjukan kelestarian USM... agak buntu juga aku hendak mencari gambar sebegini, namun aku mempunyai kawan kawan yang bekerja serta belajar di USM..
Inilah gambar yang aku ambil..
hrmmm, selepas seminggu dari itu, aku juga dapat satu sms, iainya berbunyi " sila hadirkan sesi ujian MUnSYi pada ........ "..... maksudnya aku juga menerima tawaran untuk belajar di USM, tapi peluang agak tipis, kerana iainya adalah Degree, tapi dengan berbekalkan hasil aku bekerja di advertising agency, aku mungkin juga ada peluang, mungkin juga tidak :( ..
Mungkin hanya solat istikharah adalah jalan yang terbaik :)

No comments:
Post a Comment